Membawang Hari Ini

Gagal Di A’Academy Asia, Syura Rancang Sertai ‘Gegar Vaganza’ Musim Depan

PETALING JAYA: Penyanyi Syura Badron mengakui berasa kecewa apabila tersingkir pada konsert ketiga program realiti Indonesia D’Academy Asia musim kedua yang berlangsung di negara itu.

Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 30, berkata, dia gagal memberi persembahan terbaik pada dua konsert terdahulu akibat masalah kesihatan.

“Saya kecewa kerana berdepan masalah kesihatan pada konsert pertama apabila saya tiba-tiba sesak nafas dan terkena asma sehingga dibawa ke hospital.

“Pertandingan tersebut memang membuatkan saya tertekan dan kurang rehat, lagi pula ini ada pertama kali saya memasuki pertandingan. Saya juga mengaku agak lambat serasi dengan pentas pertandingan tersebut,” ujarnya kepada mstar Online.

Syura tersingkir pada konsert ketiga pada 25 November lalu selepas mendapat markah terendah dalam kumpulannya.

Dalam pada itu, Syura berkata, harapan terlalu tinggi terhadapnya juga menjejaskan perspektif juri mengenai persembahannya.<

“Saya juga tertekan bila mereka mengjangkakan saya seorang penyanyi popular dan berpengalaman di Malaysia.

“Saya memang ada enam album tapi ia tidak bermakna saya sudah cukup bagus dalam nyanyian, jadi mereka sering mengharapkan saya tampil di pentas dengan sempurna,” ujarnya.

Antara barisan juri yang menilai program realiti tersebut ialah Ifa Raziah (Malaysia) Kun Yee (Thailand) dan Ivan Gunawan (Indonesia).

Bagaimanapun, Syura berkata, dia terharu apabila pertama kali mempunyai kelab peminat yang ditubuhkan oleh peminatnya di Indonesia.

Syura berkata, dia sedih diumumkan tersingkir ketika peminat-peminatnya yang jauh hadir memberi semangat pada malam konsert berkenaan.

“Saya terharu ada beberapa peminat yang sudi menubuhkan kelab peminat Syura Badron semata-mata untuk menyokong saya dalam program itu.

“Mereka sanggup datang dengan membuat baju dan banting menyokong saya, malangnya pada hari itu juga saya tersingkir. Namun saya harap mereka terus menyokong kerjaya saya sebagai artis,” ujarnya.

Sementara itu, Syura berkata, dengan pengalaman tersebutt dia sudah bersedia untuk bertanding pada program realiti Gegar Vaganza pada musim hadapan.

Dia berharap dapat diberi peluang untuk mencuba nasib bagi mengembalikan namanya dalam industri hiburan tanah air.

“Saya dapat tawaran untuk uji bakat pada program Gegar Vaganza musim ketiga ini tapi ketika itu saya ada peperiksaan dan tidak dapat hadir.

“Saya harap sangat dapat diberi peluang sekali lagi untuk memasuki pertandingan berkenaan pada musim hadapan,” ujarnya.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");