Berita Hari Ini

Galak penjawat awam berbasikal

SHAH ALAM: Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu (PPASS) yang menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan penjawat awam dilihat mampu menjadi satu program yang akan membudayakan gaya hidup sihat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri melancarkan PPASS dalam usaha menggalakkan penjawat awam untuk berbasikal ke tempat kerja dengan kemudahan jaringan hubungan pengangkutan awam yang lain seperti bas, komuter, LRT dan MRT.

“Kita lihat sambutan di kalangan penjawat awam cukup menggalakkan dan ini petanda yang cukup baik dalam membentuk budaya gaya hidup sihat di Selangor.

“Memang menjadi cabaran untuk kita mengubah budaya dan sikap masyarakat tetapi kita boleh menggalakkan mereka menerusi pembudayaan yang dimulakan oleh pemimpin dan organisasi,” katanya ketika merasmikan Pelancaran PPAS di Foyer Pejabat SUK Selangor, kelmarin.

Beliau turut mencadangkan inisiatif itu diperluaskan ke pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Selain itu, Azmin turut berkata, satu kajian pada 2014 ke atas 384 responden sekitar Shah Alam mendapati hanya 0.8 peratus sahaja menggunakan basikal, manakala 1.3 peratus pejalan kaki dan menggunakan kenderaan persendirian.

“Jika keadaan itu berterusan, maka sasaran kerajaan negeri untuk mencapai nisbah 60:40 (60 pengangkutan awam, 40 persendirian) pasti sukar untuk dicapai.

“Program sebegini bukanlah perkara baru di negara maju seperti Jepun dan Taipei yang berjaya menjadikan basikal sebagai mod pengangkutan awam kesemua golongan untuk bergerak ke destinasi mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");