Jenayah

Geng letup ATM direman

Kuala Terengganu: Lima lelaki direman selama empat hari bermula hari ini selepas dipercayai terbabit dalam kes meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Dungun pada 5 September lalu.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Kesemua suspek berdepan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana membuat atau memiliki bahan letupan.

Semua suspek berusia 40-an berasal dari Kedah, Perak dan Johor ditahan hasil risikan dan maklumat awam di kawasan Sungai Jerik, Maran pada 22 November lalu.

Kumpulan itu disyaki terbabit dalam kes meletupkan mesin ATM di Dungun membabitkan kehilangan wang tunai kira-kira RM260,000.

Turut sama dirampas ketika penahanan suspek ialah dua unit bahan letupan buatan sendiri.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");