Isu Panas

GERAKAN tak gentar ugutan saman

GEORGETOWN: Ugutan saman berhubung isu Pulau Jerejak disifatkan sebagai usaha menghentikan pelbagai pihak daripada terus mempersoal kepimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow, berkata ugutan saman dikemukakan terhadap beliau, antara lain adalah tindakan terdesak kerajaan negeri untuk menghentikan lebih banyak pendedahan berhubung isu Pulau Jerejak.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan berdiam diri, biarpun berhadapan tindakan undang-undang daripada kerajaan negeri. Beliau turut meminta pihak lain untuk terus mempersoal kepincangan kepimpinan kerajaan negeri.

“Saya berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus menyuarakan pelbagai isu berkaitan kepentingan rakyat dan tidak perlu tergugat dengan tindakan undang-undang yang dihadapi saya.

“Hari ini saya yang diugut saman. Esok adalah masa untuk kamu semua (pengamal media) dan disusuli dengan rakyat Pulau Pinang yang mempersoal kepimpinan kerajaan negeri pimpinan DAP.

“Saya akan terus dedahkan maklumat mengenai kepincangan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu Pulau Jerejak dan urusan lain dalam tempoh terdekat ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Chang Yeow yang juga Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, membuat gimik apabila melakukan sidang media ‘senyap’ sebagai simbolik membantah tindakan kerajaan negeri yang cuba menutup setiap kepincangan pentadbiran mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");