Sukan Hari Ini

Giovinazzi pemandu simpanan Ferrari musim 2017

Rome: Antonio Giovinazzi (gambar) dari Itali akan menjadi pemandu simpanan Ferrari dalam Formula Satu musim depan, menurut pasukan itu semalam.

Pemandu berusia 23 tahun itu, yang mungkin memandu kereta ketika sesi ujian sepanjang kempen selain bekerja dalam simulator, muncul naib juara dalam siri perlumbaan GP2 tahun ini.

Presiden Sergio Marchionne turut mengumumkan pada majlis makan tengah hari Krismas bersama media di kilang Maranello, jentera F1 Ferrari bagi 2017 akan dilancarkan pada 24 Februari depan.

Pasukan itu gagal memenangi sebarang perlumbaan tahun ini selepas tiga kemenangan pada 2015 dan Marchionne berkata “masih banyak perkara perlu ditingkatkan. Tapi pasukan ini kekal dan tidak akan diubah.

“Amalan kerja kami sudah berbeza sejak Ogos lalu apabila Mattia Binotto mengambil alih sebagai ketua pegawai teknikal… kami akan bekerja keras dan keputusan akan tiba juga nanti.”

Ferrari mengekalkan gandingan dua bekas juara dunia Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen tahun depan. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");