Membawang Hari Ini

Gitaris Hujan, AG selamat diijab kabul

KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan Hujan, Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco selamat diijab kabulkan dengan Zuliana Eusoff atau Zue dengan sekali lafaz pada upacara yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kelana Jaya, pagi tadi.

Pada upacara itu, AG yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan turut menyerahkan mas kahwin RM15,000 berserta tujuh dulang berbalas sembilan.

Pasangan itu mula berkenalan pada akhir tahun lalu, seterusnya bertunang pada 19 Mei lalu.

“Alhamdulillah, niat suci kami direstui dan terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan kami,” kata AG yang mengakui mula tertarik untuk mendekati isterinya yang juga penyanyi daripada kumpulan duo, Hani & Zue ketika diberi tanggungjawab menggubah lagu Biar.

AG berkata, keterbukaan Zue dalam menerima pendapat setiap kali mereka berbincang membangkitkan keserasian hingga membibitkan perasaan cinta.

Gitaris kumpulan Hujan, AG sah bergelar suami kepada Zuliana Eusoff hari ini.

“Kami semakin akrab sejak April lalu dan selepas tiga kali keluar bersama, saya dapat rasakan Zue memiliki kriteria yang dicari sebagai suri hati. Kami memiliki banyak persamaan, malah sering sependapat dalam banyak perkara.

“Memandangkan kita akan bersama pasangan sepanjang hayat, sudah semestinya saya mengimpikan dipertemukan dengan wanita yang boleh berbicara mengenai apa saja topik. Selepas tiga kali pertemuan, saya meluahkan hasrat kepada Zue untuk menjalin hubungan serius dan ingin menyuntingnya sebagai isteri.

“Kami tidak bercinta lama dan selepas mendapat keizinan, saya terus bertemu keluarganya untuk melamar,” katanya.

Pasangan yang akan diraikan pada majlis resepsi di sebuah hotel di Subang Jaya pada 24 Disember ini merancang untuk mengerjakan umrah pada bulan depan selepas selesai acara bertandang di Kedah.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");