GOL penalti minit akhir pemain Everton, Leighton Baines menjadi penyelamat daripada ditewaskan Manchester United di gelanggang sendiri.
Baines meraih jaringan pada minit ke-89, mengikat seri dengan Manchester United dengan 1-1.
Manchester United bagaimanapun lebih dahulu mengungguli permainan di Goodison Park, Liverpool dengan gol pada minit ke-42.
Go Zlatan Ibrahimovic itu hasil umpan daripada rakan sepasukan, Anthony Martial lantas berjaya membolosi gawang yang disia-siakan penjaga gol Maarten Stekelenburg.
Manchester United kini di tangga keenam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 21 mata.
Everton pula berada pada kedudukan kelapan liga dengan 20 mata.-mstar
Komen & Pendapat