Membawang Hari Ini

Guna populariti untuk beramal

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menyarankan semua artis supaya lebih banyak membabitkan diri dengan aktiviti amal.

Presidennya Datuk Freddie Fernandez berkata, sebagai seorang yang berpengaruh dan mempunyai kelompok peminat yang ramai, pastinya aktiviti itu secara tidak langsung memberi peluang artis membantu mereka golongan memerlukan.

“Artis ada ramai peminat. Dengan populariti yang mereka ada, pembabitan dalam aktiviti amal mungkin dapat membantu menarik mana-mana pihak menghulurkan sumbangan.

“Menerusi sumbangan itu dapatlah membantu golongan yang memerlukan. Begitu besarnya impak sebagai artis yang mungkin mereka tidak sedar sebenarnya turut membawa kebaikan,” katanya.

Freddie yang ditemui pada majlis Sepetang Bersama Kanak-Kanak Terjejas Akibat AIDS, di ibu negara baru-baru ini turut berbesar hati apabila Rumah Solehah, Ampang sudi bekerjasama.

“Karyawan sekarang aktif dengan pelbagai aktiviti hiburan, namun kami tidak mahu tertumpu dengan hiburan semata-mata. Apabila melihat kesungguhan organisasi ini mahu Karyawan terbabit sama dengan memberi semangat kepada penghuni Rumah Solehah, kami tidak ada masalah.

“Harapan saya, selepas ini tidak hanya ahli Karyawan, mana-mana artis juga akan sama-sama mengaktifkan diri dengan pelbagai kerja sosial,” katanya.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis seperti Zur Eda, Ameng Spring, Norish Karman, Ruhainies, Farahdhiya dan Rohana Jalil.

Pada majlis itu juga turut diadakan pertunjukkan fesyen rekaan Anuar Faizal berkonsepkan Cruise Collection.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");