Membawang Hari Ini

GV3: Intan Sarafina pertaruh lagu Anuar, Ziana

KUALA LUMPUR: Finalis Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Intan Sarafina mengakui penyertaan dalam pertandingan nyanyian itu memantapkan lagi mutu vokal dan persembahannya.

Intan berkata, persaingan sengit antara peserta sejak cabaran minggu pertama juga membuatkan dirinya lebih bersedia walau hingga kini tidak menyangka bolos ke peringkat akhir yang bakal berlangsung Ahad ini.

“Daripada aspek vokal, saya nampak banyak peningkatan malah gaya persembahan saya pun berbeza. Banyak yang dipelajari dan teroka hingga saya sendiri tidak jangka saya mampu melakukannya.

“Percaturan menyertai GV3 boleh saya sifatkan sebagai landasan terbaik memperbaiki kelemahan. Terima kasih kepada penyokong. Perasaan saya kini mula bercampur aduk antara teruja, gembira dan pastinya gementar berdepan pencabar lain.

“Selepas berlatih dan berusaha, saya hanya mampu bertawakal. Apa pun saya mencabar diri melakukan yang terbaik pada malam itu nanti,” kata pelantun lagu Duhai Malam itu.

Selepas tujuh minggu beraksi, pemilik nama sebenar Ungku Intan Sarafina Yahya, 35 itu akan berentap dengan lima lagi finalis iaitu Azharina, Sarah Raisuddin, Gmie, Ameng serta Zarul Umbrella.

Mengenai dendangan yang dipertaruhkan nanti, katanya dua lagu, masing-masing nyanyian Anuar Zain dan Ziana Zain berjudul Sedetik Lebih serta Kemelut Di Muara Kasih bakal diperdengarkan.

Mengenai perkembangan lain, sepatutnya Intan sudah merakamkan single baharu namun disebabkan faktor masa pembikinan lagu berkenaan ditangguhkan hingga GV3 selesai.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");