Panasnya Hari Ini

Hadir ‘Muktamar Perpaduan Ummah’ di Tehran Tidak Wajar

KUALA LUMPUR: “AMANAH berpandangan bahawa menghadiri ‘Muktamar Perpaduan Ummah’ dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar,” tegas Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi mengulas mengenai laporan yang dibuat oleh sebuah portal berita yang bertajuk “AMANAH pertahan lawatan Hadi ke Iran”.

Khalid berkata, apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.

“Presiden AMANAH Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.

“Ianya merupakan program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu,” katanya lagi.

Ujar beliau lagi, Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang juga hanya menjawab ‘itu hak dia’ ketika diminta pandangan mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut.

“Presiden dan Penasihat Umum AMANAH sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi.

“Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat ‘mengambil kesempatan’ mengkritik tindakan Presiden PAS itu demi keuntungan politik.

Beliau berkata, memadai untuk dijelaskan bahawa Penasihat Umum Amanah dan Timbalannya, Abdul Ghani Shamsuddin juga menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan, namun kedua-duanya bagaimanapun tidak hadir.

“Diharapkan dengan penjelasan ini dapat menjawab segala kekeliruan terhadap pendirian AMANAH berhubung kehadiran di program Perpaduan Ummah di Tehran itu,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");