Sukan Hari Ini

Hamilton jadi pilihan

London: Formula Satu memasuki Tahun Baru dengan menyaksikan perubahan sama ada dalam mahupun di luar litar, sekalipun jika Lewis Hamilton sekali lagi akan bermula sebagai pemandu utama di Mercedes dan menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan dunia keempat.

Selepas memenangi 19 daripada rekod 21 perlumbaan pada 2016, memulakan semua perlumbaan kecuali satu di petak utama serta mengekalkan kedua-dua kejuaraan bagi tahun ketiga berturut-turut, Mercedes dilihat kekal sebagai kuasa dominan.

Mereka bagaimanapun bermula tanpa juara dunia Nico Rosberg, yang melakukan kejutan mengumumkan persaraan hanya beberapa hari selepas dia menjuarai gelaran sulungnya.

Pemandu Jerman itu tampil lebih mantap tahun ini, memenangi empat perlumbaan pertama musim dan sembilan secara keseluruhan dalam laluannya menyertai pemandu Britain, Damon Hill sebagai anak lelaki kedua bekas juara merangkul kejuaraan.

Jika kejayaan itu satu kejutan buat sesiapa yang menjangkakannya untuk berakhir sebagai naib juara sekali lagi, pengumumannya selepas itu lebih mengejutkan umum.

“Saya sudah mendaki gunung saya, saya di kemuncak, jadi saya fikir keputusan ini tepat,” kata Rosberg selepas mengejutkan bos pasukan mengenai hasratnya mengundur diri.

Mercedes dijangka menamakan penggantinya bulan depan dengan pemandu Finland, Valtteri Bottas menjadi pilihan untuk berpindah dari Williams.

Selain Rosberg, Ron Dennis disingkirkan sebagai bos McLaren manakala juara 2009 Jenson Button memberi laluan kepada pemandu Belgium, Stoffel Vandoorne.

Felipe Massa turut bersara namun ia mungkin bersifat sementara jika Williams memujuk kembali pemandu Brazil itu mengisi kekosongan ditinggalkan Bottas.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");