Membawang Hari Ini

Hazama nikah sebelum AJL 31

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hazama Azmi, 32, membayangkan hasrat menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Genervie Kam sebelum Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) pada 22 Januari depan.

Namun, penyanyi lagu Di Amaran Mama itu belum mempunyai tarikh sesuai untuk melangsungkan majlis pernikahan.

“Kami sudah sama-sama menghadiri kursus perkahwinan. Namun, kami belum ada tarikh yang sesuai untuk disatukan sebagai suami isteri.

“Saya hanya mahukan majlis pernikahan yang sederhana. Apa yang penting adalah melakukan perkara yang wajib dulu.

“Kami juga belum membuat persiapan disebabkan masing-masing sibuk,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran runut bunyi filem Kanang Anak Langkau.
Hazama berharap dengan pengumuman itu, peminat tidak lagi mengajukan soal perkahwinannya dengan Gen.

“Saya tidak mahu memberi tekanan kepada Gen, sebab itu kami tidak mahu terlalu menghebohkan berita ini.

“Saya juga sudah rimas apabila sering diajukan pertanyaan untuk berkahwin. Cuma saya berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");