Membawang Hari Ini

Haziq Hot FM syukur bakal jadi ayah

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, 26, berkongsi berita gembira dengan kehamilan isterinya, Ayunda Putri Mekarsari yang kini hamil empat bulan setengah.

Beliau bersyukur sepanjang awal kandungan hingga memasuki trimester kedua isterinya tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya mempunyai tabiat pelik iaitu gemar memakai baju Haziq.

“Alhamdulillah, kandungan Putri sudah hampir mencecah lima bulan. Tiada banyak perbezaan seperti sebelum hamil kerana Putri tidak mengalami alahan teruk, cuma perangainya saja sedikit berbeza.

“Saya perasan sikapnya kadang kala seperti saya, begitu juga dalam pemilihan makanan. Putri bukan saja suka pakai baju saya kerala kerana katanya lebih selesa, malah seleranya berubah kepada masakan pedas yang juga kegemaran saya,” katanya kepada BH Online.

Pengacara program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) itu berkata, sejak Putri disahkan hamil, masanya lebih banyak diluangkan dengan isteri tercinta sekali gus membantu serba sedikit urusan rumah tangga.

Haziq berkata, diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata pada usia muda adalah impian mereka berdua dan berharap anugerah diberikan Tuhan itu menjadikannya lebih matang dalam menempuh kehidupan.

Terdahulu, penyampai radio segmen pagi terbabit mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga wanita kelahiran Medan, Indonesia, pada 15 Julai lalu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");