Sukan Hari Ini

Hukuman empat tahun kekal

Kuala Lumpur: Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) memutuskan untuk mengekalkan hukuman penggantungan empat tahun kepada Sazali Samad.

Keputusan berkenaan diputuskan mesyuarat Jawatankuasa Rayuan PBBM hari ini.

“Mesyuarat bersidang hari ini, memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan Sazali.

“Hukuman ke atasnya kekal,” menurut Setiausaha Kehormat PBBM Kamarulzaman Kadir.

Sazali dikenakan penggantungan empat tahun bermula September tahun lalu selepas gagal ujian doping yang dijalankan.

Dia kemudiannya menghantar rayuan pada tahun lalu namun ditolak ia disusuli rayuan kedua pada awal bulan ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");