Berita Hari Ini

Ibu Menteri Komunikasi dan Multimedia meninggal dunia

KOTA KINABALU – Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah, ibu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meninggal dunia pagi tadi.

Bandong, 85, meninggal kira-kira jam 6.55 pagi di Hospital KPJ di sini kerana sakit tua.

Menurut cucunya, Syarulnizam Salleh, semasa neneknya menghembuskan nafas terakhir, semua anak-anak dan cucu Allahyarham termasuk Salleh berada di sisi beliau.

Salleh yang sedang menghadiri Perhimpunan Agung Umno di ibu negara bergegas kembali ke Kota Kinabalu semalam sebaik majlis perasmian perhimpunan Umno berkenaan selesai.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Sri Saza iaitu kediaman Salleh di Likas untuk diuruskan sebelum dibawa ke Kota Belud bagi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siasai/Tombol pagi ini.

Bandong merupakan isteri kepada Yang Dipertua Negeri Sabah yang ketujuh, Tun Mohd Said Keruak yang meninggal dunia pada 1995.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");