Membawang Hari Ini

Idam watak garang

Lakonan pertamanya sebagai teraju utama dalam drama bersiri Abang Bomba I Love You membawa perubahan besar dalam kariernya.

Kini, Amira Othman mengakui merindui suasana set penggambaran.

“Alhamdulillah, Abang Bomba I Love You membuka laluan untuk saya terus mengasah bakat sebagai pelakon. Saya rindu bekerja di set penggambaran. Walaupun kadangkala meletihkan kerana tidak cukup tidur dan sebagainya, saya terhibur lebih-lebih lagi dengan adanya pasukan produksi yang menyeronokkan,” katanya.

Menurut Amira, dia semakin selesa bergelar pelakon dan mahu bergerak serius dalam bidang itu.

“Seni itu luas, jadi selain menyanyi saya dapati berlakon juga menyeronokkan. Sebagai orang baru, saya tak menolak apa juga rezeki yang datang dan akan terus mencuba nasib.

“Bagaimanapun, kalau ditanya mengenai keutamaan sudah tentu karier nyanyian menjadi pilihan memandangkan itu permulaan saya dalam industri,” katanya.

Tambah penyanyi lagu Hati Hati dan Jaga Jaga ini, selesai penggambaran drama bersiri yang menggandingannya dengan pelakon, Hisyam Hamid itu, ada beberapa tawaran menyusul.

“Alhamdulillah, ada beberapa tawaran lagi, tetapi terpaksa saya tolak kerana perlu fokus pembikinan single ketiga.

“Andai sibuk dengan penggambaran dan sebagainya, sukar untuk saya turun padang mempromosikan lagu.

“Insya-Allah, tahun depan saya kembali berlakon. Saya akan susun jadual supaya semuanya berjalan lancar,” katanya.

Ditanya mengenai watak idaman, Amira berkata, dia mahu tampil dengan karakter lebih garang dan tegas.

“Saya ada mengikuti kelas lakonan bagi memantapkan lagi ilmu di dada. Banyak lagi yang perlu saya belajar baik dalam bidang muzik mahupun lakonan.

“Saya tidak boleh selesa dengan apa yang ada, sebaliknya perlu berusaha lebih keras,” katanya.

Bercerita mengenai single terbaru, Amira berkata, karya itu akan menampilkan sisi berbeza dirinya.

“Sebelum ini saya bawa lagu rancak dan ‘catchy’. Bagi mengelakkan pendengar bosan saya perlu tampilkan kelainan dalam single ketiga ini.

“Saya dan pengurusan masih berbincang material sesuai. Saya agak cerewet dalam pemilihan lagu, jadi kena cari melodi yang betul-betul sesuai,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");