Sukan Hari Ini

Ikut jejak abang

Kuala Lumpur: “Saya mahu teruskan legasi abang.” Itu antara sebab utama mengapa pemain pertahanan skuad hoki negara Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin (gambar) mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) musim depan sekali gus mengikut jejak langkah penjaga gol kelab itu, Roslan yang juga abang kandungnya.

Jelas Izad, terdapat beberapa faktor lain yang mendorongnya untuk berhijrah ke KLHC namun katanya, Roslan yang juga bekas penjaga gol skuad negara adalah antara punca utama kepada penghijrahannya.

“Sebab utama adalah Sapura iaitu kelab yang saya wakili selama dua musim mengambil keputusan untuk tidak lagi beraksi pada Liga Hoki Malaysia (LHM) musim depan.

“Seperti pemain lain, sudah tentu saya juga berasa kecewa tapi selepas itu, saya ambil keputusan untuk sertai KLHC.

“Di kelab ini, saya rasa lebih selesa kerana ada beberapa pemain sama-sama membina karier sejak dari kampung di Trolak termasuklah abang saya.

“Lagipun dia (Roslan) mungkin tinggal beberapa tahun saja lagi akan beraksi sebelum bersara. Jadi saya mahu teruskan legasi keluarga beraksi di KLHC,” katanya.

Jelas Izad lagi, dia juga berharap dapat membantu mengembalikan zaman kegemilangan KLHC meraih kejuaraan Liga Premier serta Piala TNB yang kali terakhir dimenangi pada 2013.

“Sepanjang karier beraksi di saingan liga, saya juga belum pernah meraih kedua-dua piala ini.

“Mungkin penghijrahan ke KLHC akan dapat merealisasikan impian saya,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");