Jenayah

Insiden tembakan, 17 anggota kongsi gelap ditahan

SEPANG – Seramai 17 anggota kumpulan kongsi gelap ditahan susulan kejadian tembakan di sebuah restoran di Dengkil di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata kejadian bermula apabila berlaku pergaduhan melibatkan dua kumpulan dipercayai kongsi gelap sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pergaduhan pada pukul 2.30 pagi itu berpunca daripada salah faham apabila mereka berada di bawah pengaruh alkohol.

“Akibat mabuk, kedua-dua kumpulan ini bergaduh sebelum salah satu kumpulan beredar meninggalkan lokasi kejadian.

“Bagaimanapun dua jam kemudian, kumpulan tersebut datang semula dan seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan dengan satu das terkena pada sebuah kenderaan manakala satu lagi gagal dikesan,” katanya ketika dihubungi media.

Menurut Abdul Aziz, setakat ini polis masih memburu beberapa lagi anggota kongsi gelap terbabit.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");