Sukan Hari Ini

Isi masa riadah

Pasir Mas: Seramai 30 warga emas menjadikan petanque sebagai sukan pilihan untuk kegiatan riadah setiap petang di Gelanggang Petanque Kampung Kubang Bemban, di sini.

Sukan itu menjadi pilihan warga emas di kampung berkenaan yang bernaung di bawah Kelab Petanque Kubang Bemban, ditubuhkan sejak 15 Mac 2003.

Pengasas kelab Che Hashim Mustafa, 63, berkata, penduduk berusia antara 60 hingga 70 tahun akan berkumpul di gelanggang untuk bermain dan menyertai pertandingan petanque dan aksi mereka menjadi tarikan golongan muda yang menyaksikan kemahiran warga emas dalam sukan berkenaan.

Katanya, petanque dapat mencergaskan badan yang memerlukan kesabaran dan tumpuan selain sesuai dimainkan pelbagai golongan.

“Sukan itu diperkenalkan di kampung ini sejak 13 tahun lalu ketika saya masih bekerja di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sebagai juruteknik dan mengendalikan aktiviti sukan dalam pertubuhan pertanian itu,” katanya.

Beliau berkata, pada asalnya di kampung itu terdapat tapak bekas gelanggang sepak takraw dan dengan kerjasama rakan, Zahid Mahmud, 61, mereka mengubahsuai tapak berkenaan untuk dijadikan gelanggang petanque.

“Setiap kali pertandingan diadakan, ramai penduduk kampung datang dan mereka menunjukkan minat untuk mempelajari permainan terbabit. Saya yang mempunyai pengalaman dalam sukan ini secara sukarela mengajar mereka sehingga sekarang.

“Pada setiap petang terutama hujung minggu, perlawanan petanque diadakan di kampung ini dan kira-kira 150 penduduk datang untuk melihat perlawanan yang dibarisi pemain warga emas,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");