Membawang Hari Ini

Issey seronok bersama otai

Selepas mendapat sambutan menggalakkan pada musim pertama, sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim kedua kini kembali di TV3.

Menariknya musim terbaru kali ini menampilkan sedikit kelainan apabila turut menjalani penggambaran di Jepun bagi tiga episod.

Pelakonnya, Issey berkata, JKK 2 memberikan satu lagi pengalaman berharga untuk dirinya terutama disiplin bekerja dengan orang Jepun.

“Dalam musim pertama semua rakaman dijalankan di studio, tapi untuk kali ini JKK mendapat kerjasama dengan Nippon TV di Jepun. Jadi kami berpeluang berada di sana selama hampir dua minggu membabitkan tiga episod. Selain itu kami juga berpeluang berlakon bersama model di sana iaitu Yumi Mikaato yang melakonkan watak Mikan Nakamura.

“Di sana saya dapat belajar dari segi disiplin dengan menghormati masa. Apatah lagi penggambaran turut membabitkan beberapa kru teknikal di sana. Pada masa sama penggambaran di setiap lokasi juga terhad jadi kita perlu menepati waktu. Jadi masa yang diberikan perlu dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.

Selain itu, pengalaman yang paling bermakna buat Issey yang juga penyampai radio Hot FM ialah bekerjasama dengan pelawak berpengalaman seperti Ebby Yus dan Ropi.

Issey menyifatkan kedua-dua pelawak itu sangat membantu dan banyak memberi tunjuk ajar terutama ketika melakukan ‘adlib’ secara spontan.

“Walaupun mereka ‘otai’ tapi tak pentingkan diri. Sebaliknya mereka banyak membantu sejak musim pertama lagi. Saya menganggap berlakon dengan mereka sebagai satu cabaran.

“Kalau nak tahu mereka selalu ‘adlib’ secara spontan semasa penggambaran. Jadi saya kena mengawal keadaan agar tidak lari daripada watak dan jalan cerita. Skrip yang ada menjadi garis panduan kami. Kalau adlib itu lari sikit, saya perlu kembalikan ke maksud sebenar yang nak disampaikan,” katanya.

Issey yang melakonkan watak Bijan berkata, pembabitannya dalam sitkom JKK adalah pengalaman pertamanya sejak bergelar pelawak.

“Diakui kali pertama berlakon sitkom saya sedikit gementar apatah lagi barisan pelawak yang terbabit bukan calang-calang. Saya pula paling junior dalam kalangan mereka.

“Untuk berlakon sitkom, saya perlu membina watak sendiri. Pada masa sama saya perlu bijak menyesuaikan diri atau membalas semula lawak spontan mereka. Pendek kata saya kena bersedia dan tak boleh terkejut. Ia sedikit sebanyak mengasah bakat saya,” katanya.

Selain Issey, JKK 2 masih mengekalkan pelakon sama iaitu Ebby Yus, Ropi dan Sari Yanti.

Musim terbaru ini turut menampilkan beberapa pelakon undangan antaranya Mira Filzah, Atu Zero, Mark Adam dan ramai lagi.

JKK 2 bersiaran setiap Ahad jam 11.30 malam turut mempromosikan barangan dari Jepun di samping turut memperkenalkan adat, tempat serta budaya di Malaysia.

JKK 2 mengisahkan Mikan seorang gadis Jepun yang juga kawan lama Bijan yang bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Mikan mempunyai impian untuk membuka kedai sendiri yang menjual barangan dari Jepun. Atas persetujuan JKKK Kampung Kalut, Mikan berjaya membuka kedainya iaitu ‘The Japan Store’.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");