Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Hafidz Roshdi di Instagram dan Facebook, pasti sering melihat Hafidz berkongsi wajah serta video bersama isteri tercinta.
Keterbukaan Hafidz itu mendapat pujian peminat berbanding segelintir artis yang selesa menjadikan perkahwinan mereka sebagai hak privasi.
Sebelum ini Papa pernah membaca komen pengguna laman sosial yang menghina wajah isteri Hafidz yang dikatakan tidak sepadan dengan pelakon itu.
Namun, baru-baru ini buat pertama kali Papa melihat Hafidz dan isterinya di sebuah panggung wayang. Tanggapan netizen itu silap kerana isteri Hafidz manis orangnya. Pendek kata mempunyai kelebihan tersendiri.
Menariknya juga adalah isteri Hafidz tidak sombong, malah dia sudi melayan peminat yang ingin bergambar dengan suaminya. Di wajah isteri Hafidz tidak lekang dengan senyuman.
Nak dijadikan cerita Papa dan Hafidz kebetulan berada dalam satu panggung. Jadi Papa pun sempatlah merakam gambar mereka sebelum tayangan bermula.
Papa mendoakan semoga Hafidz segera dikurniakan cahaya mata dan perkahwinan kekal sehingga ke jannah.-harian metro