Berita Hari Ini

Isu buang pekerja membimbangkan

SIMPANG PULAI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan dan pihak berkaitan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengatasi kesan pembuangan pekerja menerusi kenyataan dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Samsudin Bardan, baru-baru ini.

Naib Ketuanya, Tan Kar Hing berkata, dalam kenyataan itu, dianggarkan jumlah pekerja yang akan diberhentikan hingga tahun hadapan akan meningkat kepada 50,000 orang disebabkan ketidakstabilan ekonomi negara.

Beliau berkata, perhatian serius perlu dibuat pihak bertanggungjawab kerana kerana perkara ini melibatkan ekonomi negara dan kehidupan harian rakyat.

“Pada tahun 2014, jumlah pekerja yang diberhentikan mencecah sehingga 10,000 orang dan berlipat kali ganda menjadi 20,000 orang pada tahun lepas.

“Maka, isu ini yang sering dibangkitkan kami di Parlimen, Sidang Dun dan media-media sosial berkaitan keadaan ekonomi negara yang lembap bukan soal persepsi tetapi ini adalah fakta,” katanya dalam satu kenyataan selepas melawat sekitar kawasan Taman Botani sambil mengedarkan kalender 2017, di sini, semalam.

Kar Hing yang juga Adun Simpang Pulai berkata, pemberhentian kerja itu juga secara tidak langsung menyebabkan kadar kemiskinan meningkat terutamanya dalam kalangan individu berumur bawah 40 tahun.

Katanya, lebih merunsingkan lagi apabila badan kebajikan sedia ada tidak dapat menampung keperluan akibat peningkatan ketara kos pengangkutan dan perubatan yang berpunca dari kejatuhan mata wang negara.

“Selain sektor insurans dan kewangan yang paling terjejas, kami menjangkakan banyak kilang bakal ditutup akibat ekonomi yang tidak menentu. Ini akan mengakibatkan ramai tenaga kerja akan diberhentikan sehingga menjejaskan pendapatan isi rumah dan juga kuasa membeli rakyat akan menurun.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");