Perak Hari Ini

Isu Teluk Muroh : Zambry Ulangi Pendirian

PANGKOR : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengulangi pendiriannya mengenai pembangunan kampung nelayan di Teluk Muroh adalah untuk kepentingan penduduk di kampung tersebut.

Ujarnya, projek tersebut bukanlah satu projek korporat atau persendirian tetapi sebaliknya ia adalah untuk masyarakat di kampung tersebut.

“Kita sudah berbincang dengan masyarakat di situ. Seperti saya cakap sebelum ini, jika orang kampung tidak mahu, kita tidak akan buat.

“Kita sebagai pemimpin berfikir apa yang kita boleh berikan kepada mereka. Kita bukannya ambil tanah disitu untuk diberikan kepada korporat dan menghalau mereka. Sebaliknya, apa yang kita buat ini adalah untuk mereka,”katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) Pangkor 7, di sini, hari ini.

7-2

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu himpunan yang dijangka akan diadakan hari ini di Teluk Muroh bagi membantah projek yang akan dijalankan di kampung nelayan itu.

Antara pembangunan yang dirancang di Teluk Muroh adalah termasuk rumah untuk nelayan, pembinaan jeti, tempat pendaratan ikan termasuklah kemudahan-kemudahan lain seperti mendalamkan laluan untuk bot-bot nelayan masuk ke jeti.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, pihak yang membantah projek tersebut adalah pihak luar.

“Mereka yang membantah ini adalah orang luar. Bagi saya, kalau orang disitu tidak mahu, saya tak ada masalah,”katanya.

Zambry berkata, mana-mana aktivis alam sekitar misalnya, yang ingin membantah tentang projek tersebut, pihak tersebut boleh berjumpa dengan Pegawai Daerah untuk mendapatkan penjelasan.

“Kita sudah merujuk kepada jabatan-jabatan untuk beri pandangan mereka. Kalau mereka kata tidak boleh, kita tidak akan buat,”tegas Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");