Membawang Hari Ini

Jaden mahu jadi artis Kpop

LOS ANGELES: Ketaasuban anak lelaki kepada pelakon Hollywood terkenal, Will Smith terhadap Kpop tidak dapat dinafikan lagi.

Tidak hairanlah, Jaden sering dilihat melayangkan komen kepada artis-artis Kpop kegemarannya. Minat pelakon berusia 18 tahun itu tidak terhenti di situ saja.

Sebaliknya, Jaden meluahkan hasrat untuk menjadi artis Kpop melalui laman Twitter.

Melalui status Twitter yang dimuat naik Rabu lalu, Jaden mengejutkan ramai peminatnya dengan Tweet berbunyi: ‘Saya mahu menjadi bintang Kpop’.

Jaden kemudian menguatkan lagi kenyataannya dengan memuat naik status berikut: ‘Sebenarnya, saya sangat serius mahu menjadi bintang Kpop’.

Kenyataan itu kemudian dipetik laman hiburan Korea, Koreaboo.

Dua minggu lalu, Jaden melayangkan Tweet kepada kumpulan Kpop kegemarannya, G-Dragon dengan mendakwa kumpulan terbabit menjadi inspirasi untuknya bergiat dalam dunia Kpop.

Lebih mengejutkan, kumpulan terbabit membalas Tweet Jaden dengan mengajak pelakon terbabit melakukan sesuatu bagi merealisasikan impiannya.

Menyoroti latar belakang remaja ini, Jaden mula membabitkan diri dalam industri perfileman Hollywood melalui filem, The Karate Kid berganding dengan Jackie Chan.

Jaden juga muncul dengan beberapa filem lain seperti The Pursuit of Happyness dan After Earth selain menerbitkan EP pertamanya, tahun lalu.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");