Sukan Hari Ini

Jadual akhir Sukan Sea dimuktamad Julai depan

JADUAL akhir pertandingan Sukan Sea dan Sukan Para Asean di Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada Julai tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jadual itu hanya akan dimuktamadkan apabila jawatankuasa pengelola menerima senarai penuh penyertaan daripada negara-negara peserta.

“Jawatankuasa pengelola temasya Sukan Sea dan Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 telah memainkan peranan penting dalam menyediakan cadangan awal jadual pertandingan dengan mengambil kira penyertaan dan sasaran pingat atlet-atlet negara,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Khairy menjawab soalan Senator Shahanim Mohamad yang ingin tahu persediaan atlet negara dalam menghadapi temasya sukan itu.

Jelas Khairy, jawatankuasa itu juga telah bermesyuarat sebanyak lima kali bagi memantau 18 jawatankuasa kecil yang diberikan tugas dan peranan yang penting dalam merealisasikan penganjuran terbaik Sukan Sea dan Sukan Para Asean 2017.

Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah dalam Sukan Sea ke-29 dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan manakala Sukan Para Asean pada 17 hingga 23 September 2017. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");