Sukan Hari Ini

Jadual liga musim depan lebih teratur

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam (gambar) memberi jaminan perjalanan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 lebih baik dan tersusun daripada saingan musim ini.

Menerusi jadual perlawanan Liga-M yang dikeluarkan semalam, Kevin mengakui penyusunan jadual liga lebih teratur selepas mengambil kira pembabitan beberapa pasukan dalam saingan Piala AFC selain memberi ruang kepada penganjuran Sukan SEA 2017 dan kalendar FIFA bagi pasukan Harimau Malaysia.

Berdasarkan jadual itu, pentas liga tempatan akan membuka tirai pada 20 Januari ini membabitkan pertembungan merebut Piala Sumbangsih antara juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan juara Piala Malaysia iaitu Kedah di Stadium Larkin, Johor.

Ia kemudiannya diikuti aksi Liga Super membabitkan lima pertemuan pada 21 Januari dengan saingan divisyen satu negara itu dijangka berakhir pada 21 Oktober.

Bagi saingan Liga Perdana, sejumlah 12 pasukan akan berentap sesama sendiri untuk memburu dua tempat terbaik buat beraksi di saingan Liga Super musim 2018 dan aksi pertama dijadualkan bermula serentak dengan aksi Sumbangsih pada 20 Januari ini.

Semua pasukan akan beraksi dalam 22 perlawanan liga di samping turut mengharungi dua kejohanan lain iaitu Piala FA dan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, Kevin melahirkan dukacitanya atas kegagalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersaing dalam Liga Perdana untuk menyediakan gelanggang tetap pasukan dalam tempoh ditetapkan FMLLP.

Jelasnya, kelewatan The Cops itu mungkin mengganggu jadual asal sekiranya wujud pertindihan gelanggang yang dipilih PDRM.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");