Isu Panas

Jangan peduli propaganda pembangkang

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menasihatkan masyarakat termasuk ahli Umno supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik perang saraf yang dimainkan pembangkang.

Menurutnya, setiap kenyataan pembangkang yang dibuat terhadap Umno hanyalah cubaan gagal yang bertujuan untuk melemahkan parti.

“Mereka (pembangkang) boleh jangka berapa peratus ahli kami yang akan keluar daripada Umno menjelang PRU, itu terpulang kepada mereka.

“Tapi yang pasti, kita dapat lihat sekarang, yang keluar daripada Umno dan menyertai parti lain tidak sampai tiga peratus pun,” katanya ketika ditemui Sinar Online di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Hamzah dalam masa sama turut menyifatkan anggota yang keluar Umno sebagai pengkhianat yang hanya menurut hawa nafsu.

“Mereka yang masih lagi dalam Umno adalah kumpulan yang menghayati perjuangan parti itu sendiri.

“Mereka yang keluar daripada parti adalah pengkhianat kerana mereka mempunyai nafsu dan bukannya mengikut perjuangan. Orang yang ikut nafsu, akan keluar daripada parti dan akan buat macam-macam cerita dan fitnah untuk merosakkan pemikiran ahli Umno,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");