Panasnya Hari Ini

Jangan Politikkan Isu Rohingya

KUALA LUMPUR: Isu berkenaan dengan pembelaan nasib Rohingya tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pembelaan nasib saudara Islam Rohingya adalah tanggungjawab semua dan bukannya dijadikan sebagai satu isu politik untuk mempertikaikan pihak lain serta mengangkat pihak sendiri.

“Saya membaca kenyataan Ahli Parlimen Kuala Terengganu (MP) dari Parti Amanah Negara (Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah) yang mempertikaikan usaha NGO dan rakyat Malaysia untuk menganjurkan Himpunan Solidariti Rohingya yang turut menjemput pemimpin tertinggi negara hadir.

“MP Kuala Terengganu mempertikaikan mengapa usul tergempar yang dibawa beliau ditolak, tetapi kemudian dianjurkan pula himpunan seperti ini.

“Tidak sepatutnya bila usul tergempar itu ditolak, maka pihak lain termasuk PAS dituduh tidak serius memperjuangkan isu masyarakat Rohingya ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering kali mengajukan soalan berkaitan dengan isu Rohingya hampir setiap kali sesi parlimen bersidang selepas Pilihanraya Umum (PRU) 2013.

“Untuk pengetahuan MP Kuala Terengganu dan PAN, hampir setiap kali sesi parlimen bersidang sejak selepas PRU 2013, Presiden PAS akan bertanya soalan tentang isu Rohingya,” katanya.

Beliau turut menyenaraikan beberapa soalan yang telah diajukan oleh Abdul Hadi sepanjang persidangan parlimen yang berlangsung dari tahun 2013 hingga 2015.

Dalam soalan berkenaan, beliau berkata, Presiden PAS itu telah menyoalkan sama ada kerajaan Malaysia menggunakan kesempatan untuk membangkitkan isu berkaitan pembunuhan dan penindasan etnik Islam Rohingya, Myanmar, dalam mana-mana sesi semasa Sidang Kemuncak ASEAN.

“Malang sekali ada parti dan MP yang baru sekali bawa usul tentang Rohingya terus mendabik dada mereka juara, dan mempertikaikan pihak lain yang mahu bersolidariti untuk membela saudara-saudara kita di Arakan,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");