Isu Panas

Jangan Samakan BR1M Dengan Rasuah – MCA

PETALING JAYA: MCA membidas pihak yang menyamakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan rasuah, kerana tindakan itu hanya memperkecilkan golongan berpendapatan rendah.

Bendahari Agung Pemuda MCA Michael Lee mempersoalkan mengapa wakil rakyat pembangkang tidak bersetuju dengan bayaran BR1M sedangkan pusat perkhidmatan mereka turut membantu orang ramai mengisi borang BR1M.

“Jelas sekali, mereka bersetuju dengan dasar BR1M oleh Barisan Nasional untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah. Atau adakah pembangkang juga mengisi borang rasuah BN ini untuk orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Pada Ahad, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dilaporkan berkata BR1M adalah satu bentuk rasuah dan oleh itu, pemberiannya dianggap menyalahi undang-undang.

Lee juga menegaskan bahawa PPBM, yang diasaskan oleh Dr Mahathir juga mempunyai pautan ‘BR1M’ sendiri pada halaman utamanya bertajuk yang berbunyi ‘sesiapa yang mahu mendapatkan bantuan kewangan, sila hubungi kami’.

“Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mempunyai bentuk skim bantuan kewangan untuk rakyat yang dilanda masalah kewangan, sama ada dari segi skim makanan, skim pencen atau bayaran tunai secara langsung yang dimasukkan ke dalam akaun bank mereka.

“BR1M membantu kuasa beli penerima. Tahun ini, seramai 7,280,340 pemohon telah diluluskan untuk menerima BR1M dan Selangor mempunyai bilangan tertinggi yang mendapat manfaat dengan jumlah 1,017,403,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");