Membawang Hari Ini

Jangan sorok hubungan cinta

Diam tak diam, rupa-rupanya ada perasaan cinta sedang berputik antara dua penyanyi muda, Ernie Zakri dan Syamil AF. Betulkah berita yang sampai ke telinga Cik Pang ini?

Kebetulan teman Cik Pang berkongsi mengenai kemesraan mereka yang ‘lain macam’ sepanjang program Duo Star yang kebetulan menggandingkan mereka berdua.

Kata teman Cik Pang, Ernie dan Syamil bukan saja mesra sebagai pasangan duet di pentas, malah mereka sering dilihat berswafoto dan keluar minum bersama-sama.

Bagi Cik Pang, kalau betul pun apa salahnya, bukan tidak ada pasangan kekasih atau suami isteri yang bertemu jodoh dalam program hiburan.

Contohnya, Akim dan Stacy, Khai dan Rosma, Yazid dan Ekin dan ramai lagi. Kalau nak disenaraikan, sedari dulu sehingga kini rasanya sampai esok pun Cik Pang tak habis tulis.

Lagipun nama Ernie dan Syamil sedang meningkat naik, jadi pastinya ramai peminat yang mendoakan agar ada jodoh kuat antara mereka.

Cik Pang harap, kedua-dua penyanyi berbakat itu jangan pula main sorok-sorok pasal hubungan cinta mereka ya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");