Isu Panas

Jangan timbulkan spekulasi liar

KUALA TERENGGANU: “Saya hanya percaya (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) masuk Umno sekiranya beliau sendiri kata masuk Umno.” Demikian tegas Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan.

Bala Chandran yang juga Pengerusi DHPP Terengganu berkata sebagai mengulas tindakan beberapa pihak yang sering kali menuduh Abdul Hadi dengan dakwaan tidak berasas termasuk kononnya Pas menyertai Umno.

Suasana tersebut kembali dimainkan kumpulan anti-Pas apabila pemimpin parti itu bersama-sama dengan kepimpinan Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sepentas dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Ahad lalu.

B Chandran bagaimanapun memberitahu bahawa beliau percaya kepimpinan parti itu bersikap matang tanpa dibatasi ideologi politik dalam isu kemanusiaan apatah lagi ia berkait dengan etnik minoriti beragama Islam di Myanmar.

Sehubungan itu, beliau turut menegaskan kepada pihak yang sering kali mengecam Pas supaya tidak membuat sebarang spekulasi liar terhadap kepimpinan parti itu dengan memanipulasikan isu demi kepentingan sendiri.

“Kritikan terhadap Pas memang berlaku sejak dulu. Apabila mereka benci kepada kita, mereka akan lihat kita dengan kebencian. Itulah yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, gerakan untuk membangkitkan kebencian terhadap Pas juga dilakukan dengan memainkan isu-isu lama dan lapuk.

Mengulas lanjut, B Chandran melihat Pas adalah sebuah parti unik yang tidak ada pada mana-mana parti apabila menjadikan agama sebagai dasar perjuangan.

Jelasnya, Pas bukan semata-mata bersifat sebagai parti politik tetapi juga komited dalam gerakan dakwah.

Menurutnya, apa yang dilakukan Pas ketika ini juga tidak terkeluar dari dasar perjuangan parti itu sendiri.

Sementara itu, beliau turut memberitahu Pas perlu berbaik-baik dengan semua pihak termasuk parti lawan dalam memastikan mereka dapat memberi alternatif kepada rakyat termasuk kepada ahli Umno.

“Kalau kita hendak dapatkan sokongan mereka kita kena dekati mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");