Berita Hari Ini

Jangan viral masalah di sekolah

SEREMBAN: Ibu bapa diminta mengelak daripada memperbesarkan isu yang dihadapi dengan sekolah sehingga menjadi viral di laman sosial.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Chong Sin Woon, berkata biasanya masalah yang berlaku boleh diselesaikan secara baik melalui saluran yang betul.

“Jika ibu bapa, terutama yang pertama kali menghantar anak ke sekolah menghadapi apa-apa masalah, mereka boleh berbincang dengan guru atau guru besar.

“Isu akan menjadi lebih besar dan memberi gambaran yang kurang tepat terhadap kedua-dua pihak apabila tersebar dan menjadi viral di laman sosial,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan keperluan sekolah di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan di sini, hari ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");