Sukan Hari Ini

JDT sambar Gopi

PENYANDANG juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan spekulasi penghijrahan pemain sayap lincah Selangor, R Gopinathan apabila sah menandatangani pemain itu untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Perkembangan terbabit diumumkan menerusi akaun rasmi pasukan itu, Johor Southern Tigers, kelmarin sekali gus menjadikan Gopinathan, 27, pemain ketiga The Red Giants yang menyertai Harimau Selatan selepas pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor dan penyerang, Ahmad Hazwan Bakri.

Perpindahan itu sekali gus menyangkal perpindahan pemain kelahiran Kuantan itu ke Melaka United yang dilihat calon sesuai menggantikan posisi ditinggalkan penyerang veteran, Amri Yahyah.

Untuk rekod, Gopinathan beraksi buat Pahang selama tujuh musim serta merangkul dua Piala Malaysia dan satu Piala FA sebelum mengikut Zainal Abidin Hassan ke Selangor pada musim 2016.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");