Sukan Hari Ini

Jin Wei mudah ke suku akhir

PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei tidak menghadapi masalah besar untuk mara ke suku akhir Terbuka Macau selepas mudah menjinakkan pemain Indoneisa, Rusydina Antardayu Riodingin pada pusingan kedua, semalam.

Pemain berusia 16 tahun itu jelas tidak perlu bermandi peluh untuk menyingkirkan Rusydina apabila menang 21-10 di set pertama sebelum lawan menarik diri ketika sedang mendahului 11-1 di set kedua.

Menurut Jin Wei, pada set kedua dia mengakui tidak mendapat tentangan sukar apabila melihat lawannya juga sudah mula berasa kurang bersemangat.

“Menjelang pertemuan esok (hari ini) saya akan turun dengan aksi dan fikiran sama. Saya akan memberikan segala-galanya,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Menanti Jin Wei di suku akhir hari ini ialah sama ada pilihan keenam dari China, Chen Yufei atau Fitriani dari Indonesia.

Turut mara beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang mengejutkan gandingan Indonesia yang juga pilihan ketiga, Della Destiara Haris-Rosyita Eka Putri Sari dengan kemenangan rubber set 12-21 21-18 21-19. Kemenangan itu menyaksikan mereka akan menempah pertemuan pasangan Taiwan, Hsu Ya Ching-Wu Ti Jing hari ini. Beregu lelaki, Yew Sin Ong-Teo Ee Yi bagaimanapun tersingkir.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");