Sukan Hari Ini

Jin Wei semakin yakin

PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei semakin yakin yang beliau mampu menduduki ranking lebih tinggi pada masa akan datang.

Jin Wei yang kini menghuni tangga ke-32 dengan mengumpul 33,496 mata berdasarkan ranking dunia terbaru, dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kelmarin percaya peningkatan itu menjadi titik permulaan baik dalam merealisasikan impiannya di kelompok 10 terbaik.

“Saya perlu bekerja lebih keras dalam meningkatkan prestasi. Paling penting dalam setiap perlawanan dan latihan saya perlu ada peningkatan dari segi fizikal dan mental.

“Sasaran awal saya untuk 2017 adalah lebih kerap beraksi dalam kejohanan Siri Super dan sekurangnya mara suku akhir,” katanya.

Jin Wei kini memegang status pemain perseorangan wanita nombor satu negara apabila melonjak lima anak tangga dengan menghuni tangga ke-32 dengan mengumpul 33,496 mata, sekali gus memintas kedudukan pemain senior, Tee Jing Yi yang kekal di tempat ke-34 (32,215 mata).

“Sudah pasti ia motivasi buat saya mulakan saingan musim depan.

“Apa pun, status perseorangan wanita pertama negara tiada apa-apa makna kerana yang penting pemain wanita kita sama-sama menunjukkan peningkatan,” ujarnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");