Berita Hari Ini

JKM sedia bantu Persatuan Penyayang Ipoh

IPOH – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak sedia membantu Persatuan Penyayang Ipoh jika rumah kebajikan yang dikendalikannya di Taman Lim di sini, dikembalikan semula kepada pemiliknya.

Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim berkata pemilik rumah tersebut telah menfailkan kes berhubung pemilikan premis itu kepada mahkamah.

“Sekiranya mahkamah memutuskan pengendali sedia ada (Persatuan Penyayang Ipoh) bukan pemilik rumah itu, maka penghuni terpaksa keluar.

“JKM akan bantu untuk mendapatkan rumah atau tempat baharu dan memastikan ia beroperasi secara sah. Jadi, ibu bapa dan persatuan terbabit tidak perlu bimbang kerana anak-anak ini tidak akan terbiar,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah seperti beg kepada 200 kanak-kanak dari lima sekolah Tamil di kawasan Buntong di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kata Rusnah rumah kebajikan Caring Hands (Kakum Karangal) itu akan beroperasi seperti biasa selagi kes mahkamah belum selesai.

Mengulas lanjut mengenai kes penderaan yang berlaku di rumah kebajikan itu, Rusnah menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci.

“Biar polis jalankan siasatan, kalau terbukti dakwaan dera itu benar biar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Persatuan Penyayang Ipoh telah membuat dua laporan polis berhubung kes penderaan itu masing-masing pada 11 Jun dan 12 Ogos lepas.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris semalam mendakwa 12 kanak-kanak perempuan di rumah kebajikan itu didera dari segi fizikal dan emosi selama bertahun-tahun namun, tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

Laporan akhbar itu antara lain menyatakan mangsa mendakwa mereka disebat di tapak kaki, tangan dan punggung selain dimasukkan dalam sangkar anjing dan tidak diberi makanan jika melakukan kesalahan.

Bagi mengukuhkan lagi dakwaan itu, pemeriksaan kesihatan oleh pakar perunding kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mengesahkan mangsa telah lama mengalami penderaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");