Sukan Hari Ini

Joshua pertahan kejuaraan tinju IBF

MANCHESTER: Anthony Joshua melaungkan amaran betapa dia sudah sedia menentang Wladimir Klitschko tahun depan, selepas menumbangkan Eric Molina dalam pusingan ketiga di sini, semalam.

Peninju Britain itu berjaya mengekalkan gelaran heavyweight Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) yang dipegangnya buat kali kedua dengan mempamerkan satu lagi persembahan ganas dengan kekuatan tumbukannya, sekali gus merangkul kemenangan ke-18 di Arena Manchester.

Klitschko selaku bekas pemain nombor satu dunia yang tewas tiga gelaran berdasarkan mata kepada rakan senegara Joshua, Tyson Fury pada tahun lalu, kelihatan di luar gelanggang untuk menyaksikan persembahan Joshua dan mungkin kagum dengan persembahannya.

Klitcschko, berusia 41 pada Mac ini dan Joshua dijadual bertemu pada 29 April ini di Stadium Wembley di London dengan peninju Ukraine itu perlu mengambil langkah yang lebih besar berbanding Molina.

“Saya bersabar dan meneruskannya. Ini bukanlah pengakhiran cerita ini,” kata Joshua.

“Anda akan sedar apa yang saya lakukan sekarang. Klitschko mahu mendapatkan tali pinggangnya dan diharap peninju terbaik akan menang. Saya bimbang tentang diri sendiri dan latihan.”

Klitschko kemudian masuk ke gelanggang dan penganjur, Eddie Hearn mengesahkan Joshua akan menentang lawan dari Ukraine itu pada perlawanan akan datang.

“Anda mahukan pertarungan yang besar dan anda akan dapatkannya,” kata Klitschko kepada penonton. – AFP

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");