Jenayah

Jumpa mayat dalam tong

TAIPING – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui tersumbat dalam sebuah tong di kawasan ladang getah Kampung Masjid Padang Gajah, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Mohd Ismail Che Isa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat dipercayai warga asing itu daripada orang awam kira-kira jam 6.45 petang.

Menurutnya, mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam dalam keadaan tersumbat dengan kepala di bawah dan kaki ke atas.

“Kejadian tersebut dipercayai baru berlaku memandangkan mayat masih berada dalam keadaan baik dan tidak berbau.

“Berikutan itu, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk di bedah siasat,” katanya dalam kenyataan ringkas, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");