Jenayah

Jumpa selepas 4 hari

Pelabuhan Klang: Mayat pekerja warga Bangladesh yang ditimpa cerucuk konkrit yang tumbang ke laut di Westport, Pelabuhan Klang, Rabu lalu ditemui hari ini.

Ketua Bomba Zon Klang Penguasa Bomba Amerhaizal Sahak, berkata mayat lelaki dikenali Abul, 30-an, dari Bangladesh itu ditemui di bawah cerucuk, kira-kira 11 pagi.

Cerucuk konkrit itu tumbang sebelum menghempas bot dinaiki mangsa bersama dua lagi pekerja ketika mereka sedang memotong besi cerucuk terbabit.

Bagaimanapun, dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri namun mangsa tenggelam bersama cerucuk konkrit itu.

“Bomba menggunakan kren bagi mengangkat besi cerucuk berkenaan dan kira-kira30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.

“Dalam operasi itu, bomba turut bekerjasama dengan Polis Marin dan pihak keselamatan Westport,” katanya di sini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");