Membawang Hari Ini

Jung Il Woo hidap aneurisma otak

Annyeonghaseyo!!! Jung Il Woo bakal melaporkan diri dalam khidmat ketenteraan pada bulan ini. Perkara itu disahkan agensi Jung Il Woo baru-baru ini, namun tarikh sebenar tidak dinyatakan atas permintaan aktor itu.

Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan peminatnya risau memandangkan Jung Il Woo menghidap penyakit aneurisma otak.

Perkhabaran duka itu didedahkan rakan baik Jung Il woo, sekali gus mengejutkan banyak pihak.

“Dia selalu merungut sakit kepala sejak tiga tahun lalu dan ada menjalani pemeriksaan rapi baru-baru ini.

“Doktor mengesahkan ada benjolan pada salur darah di bahagia otaknya atau dipanggil aneurisma otak.

“Sekiranya benjolan itu pecah dan pendarahan berlaku, ia boleh menyebabkan angin ahmar, kerosakan saraf atau kematian,” kata rakan itu.

Berdasarkan keadaan serius itu Jung Il Woo layak memohon pelepasan menjalani khidmat ketenteraaan, tetapi dia enggan berbuat demikian.

“Pasti memalukan jika saya tidak dapat berkhidmat sepenuhnya nanti disebabkan masalah kesihatan,” katanya.

Dijadualkan menjalani latihan selama empat minggu, Jung Il Woo sempat meluangkan masa bertemu peminat sebelum melaporkan diri.

Nama Jung Il Woo meledak selepas membintangi drama High Kick Through The Roof pada 2006. Dia seterusnya menempa populariti menerusi beberapa drama termasuk The Moon That Embraces The Sun dan The Night Watchman’s Journal.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");