Jenayah

Juruwang kedai serbaneka disamun

SEREMBAN: Seorang juruwang sebuah kedai serbaneka di Jalan Tun Dr Ismail di sini disamun oleh dua penjenayah bersenjata parang dan pisau dalam kejadian awal pagi, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.55 pagi ketika pekerja kedai serbaneka yang berusia 20-an itu sedang bertugas seorang diri sebelum didatangi oleh dua lelaki yang mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, suspek pada awalnya masuk ke dalam premis untuk membeli air dan kemudian keluar dari premis terbabit.

“Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, suspek masuk semula ke dalam premis lalu terus mengacukan senjata parang dan pisau ke arah mangsa.

“Mangsa telah dipaksa untuk menyerahkan telefon bimbit dan wang tunai.

“Setelah menyamun, suspek terus melarikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya.

Menurutnya, anggaran kerugian yang dialami mangsa lebih kurang RM500.

“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis kini sedang giat mendapatkan maklumat berkenaan suspek.

“Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan masih dalam siasatan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");