Sukan Hari Ini

KAFA kekal tarik diri Liga M

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan keputusan untuk menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas Kongres Luar Biasa yang diadakan, hari ini.

Mesyuarat selama dua jam itu membabitkan ahli jawatankuasa tertinggi KAFA dan badan gabungan bola sepak jajahan negeri.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah berkata, keputusan dasar itu dipersetujuai semua selepas beban kewangan yang dihadapi organisasi itu.

Bagaimanapun, katanya, keputusan rasmi penarikan diri akan dibuat sekali lagi pada 6 Januari nanti.

Ketika ini ahli kongres mendesak KAFA supaya berusaha mencari dana sebelum keputusan rasmi diumumkan

“Keputusan hari ini pada dasarnya adalah kekal dengan menarik diri daripada saingan Liga M, namun keputusan sebenar akan dibuat pada 6 Januari nanti ketika pendaftaran pertama pemain.

“Dalam tempoh itu, kita akan berusaha mencari dana bagi mengelakkan perkara itu (penarikan diri) berlaku.

“Sehingga tempoh ini, KAFA memerlukan kira-kira RM3 juta untuk meneruskan saingan musim depan,” katanya ketika sidang media selepas Kongres Luar Biasa KAFA di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

KAFA sebelum ini berdepan kemelut kewangan yang serius selepas gagal memperoleh tajaan yang kukuh selain penaja utama musim lalu, Vida Beauty Sdn Bhd umumkan penangguhan tajaan untuk sementara.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");