Berita Hari Ini

Kaji semula elaun imam, bilal untuk tarik orang muda

KUALA LUMPUR : Kerajaan di minta mengkaji semula kadar elaun untuk imam dan bilal di masjid di kawasan luar bandar dalam usaha menarik penyertaan golongan muda menceburi bidang berkenaan.

Wakil Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, kadar elaun yang dinikmati imam dan bilal di negara ini di bawah paras kemiskinan sedangkan tugas dan tanggungjawab kepada golongan itu sangat besar.

Malah katanya, imam dan bilal tidak dapat melakukan pekerjaan lain kerana tugas mereka terikat dengan masa. “Pada masa ini elaun imam adalah RM800 manakala bilal RM600 yang jelas di bawah paras kemiskinan.

“Kita cadangkan supaya elaun imam dan bilal ini mengikut tangga gaji kakitangan awam yang mana imam di samakan dengan kakitangan gred N17 manakala bilal gred N11, ” katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Mohd Iskandar turut mencadangkan kemudahan dinikmati kakitangan awam turut diberikan kepada imam dan bilal berkenaan. Katanya, pelbagai kemudahan yang menarik ini sedikit sebanyak dapat menjadi tarikan kepada orang muda lulusan agama menjadi iman dan bilal di luar bandar.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan guru berduka lara yang memohon perpindahan untuk bersama keluarga diutamakan kepada guru dalam kalangan orang UMNO.

“Bagi guru dalam anak orang UMNO yang tinggal berjauhan ini berilah peluang kepada mereka untuk berkhidmat di tempat sendiri menabur bakti.

“Pada masa ini guru yang menyokong pembangkang ini yang dapat banyak peluang berkhidmat di tempat yang dekat dengan kampung halaman mereka,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");