Isu Panas

‘Kami akan cari cara lain guna undang-undang’

PUTRAJAYA – “Pihak kami akan terus cari opsyen lain melalui jalan undang-undang,” demikian ungkapan mesej bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua selepas permohonan untuk menyemak kesnya ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa keputusan itu tidak akan menolak ikhtiar beliau untuk mencari jalan keluar bebas daripada hukuman tersebut.

“Ini tak tutup jalan kita… kita akan cari jalan keluar,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Anwar untuk semakan semula sabitan kesalahan meliwat dan mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang sedang dihadapinya.

Keputusan sebulat suara itu diumumkan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim kerana mendapati permohonan tersebut tidak mempunyai merit.

Sehubungan itu Anwar perlu menyambung semula hukuman penjara berbaki 16 bulan di Penjara Sungai Buloh.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Usaha terakhir Anwar untuk dibebaskan melalui saluran perundangan itu gagal lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan ini walaupun menyedihkan beliau namun ia bukanlah bermakna pihaknya akan berputus asa.

“Ini bukanlah pengakhirannya, kami akan lawan hingga ke penghujungnya,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");