Sukan Hari Ini

Kami bolos dua gol ofsaid: Wenger

Manchester, England: Pengurus Arsenal Arsene Wenger mendakwa pengadil terlalu melindungi lawan selepas mengadu dua gol ofsaid yang membawa padah kepada pasukannya dalam kekalahan aksi Liga Perdana Inggeris 1-2 kepada Manchester City.

Theo Walcott memberikan Arsenal gol pendahuluan pada minit kelima namun Leroy Sane menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua, membuatkan beliau percaya pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid ketika menjaringkan gol menerusi hantaran David Silva.

Raheem Sterling menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71, namun Wenger berpendapat percubaan Silva membawa bola di hadapan penjaga gol Petr Cech sepatutnya menyebabkan gol itu tidak dikira.

“Kami bolos dua gol ofsaid yang sukar diterima dalam perlawanan di tahap ini,” kata Wenger.

“Seperti yang semua tahu, pengadil diawasi dengan baik seperti singa di dalam zoo.

“Jadi kami perlu menerima keputusan mereka. Saya mahu mereka selamat. Jika mereka membuat keputusan yang tepat ia jauh lebih baik.”

Kekalahan Arsenal adalah yang kedua berturut-turut selepas berada di depan hanya untuk tewas 1-2, selepas tewas dengan situasi sama ketika menentang Everton Selasa lalu.

Dalam perlawanan itu, Wenger melakukan protes apabila tandukan kemenangan Ashley Williams pada minit ke-86 berpunca daripada kesilapan pengadil memberikan sepakan sudut. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");