Berita Hari Ini

Kapasitor mentol punca kebakaran

Segamat: Kerosakan alat kapasitor dalam mentol lampu punca utama kebakaran yang berlaku di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, 25 Oktober lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, hasil laporan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor serta Suruhanjaya Tenaga mengesahkan kebakaran itu berpunca daripada letupan yang berlaku dalam mentol lampu atas siling di wad berkenaan.

“Letupan dalam mentol itu menyebabkan percikan api lalu merebak ke keseluruhan kawasan yang menempatkan pelbagai bahan mudah terbakar itu,” katanya ketika ditemui pada majlis Penyampaian Bantuan Peralatan kepada penerima bantuan 1Azam Parlimen Segamat di Taman Yayasan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerja membaik pulih keseluruhan kawasan yang terbabit dengan kebakaran itu sedang dijalankan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dijangka memakan masa kira-kira enam bulan.

Kebakaran kira-kira jam 9 pagi, 25 Oktober lalu itu mengorbankan enam pesakit, manakala kakitangan hospital turut cedera.

Dalam perkembangan kes malaria yang berlaku di Perak, Ahli Parlimen Segamat itu berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menjalankan saringan ujian darah terhadap 4,000 penduduk sekitar kawasan yang terbabit terdiri daripada 12 perkampungan Orang Asli dan mendapati mereka bebas daripada malaria.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");