Sukan Hari Ini

Kegagalan Chong Wei tidak merisaukan

Kuala Lumpur: Tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan Siri Super Akhir di Dubai minggu lalu bukan satu petanda buruk buat Datuk Lee Chong Wei (gambar) menjelang musim baharu yang penuh mencabar.

Menurut bekas pemain dan jurulatih perseorangan lelaki negara Rashid Sidek, kegagalan Chong Wei untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir kejohanan itu tidak akan memberi impak negatif.

“Ia bukan satu petanda buruk (untuk musim 2017), dia sudah curahkan segala bakti dan tenaga lebih 10 tahun. Kekalahan ini tidak bermakna khidmatnya tidak diperlukan lagi,” katanya kepada media selepas pelancaran Program Pencarian Bakat Juara Badminton Sports Affairs semalam.

Chong Wei terkandas pada peringkat kumpulan perseorangan lelaki apabila kalah perlawanan ketiga kepada wakil Denmark, Viktor Axelsen 21-14, 14-21, 19-21.

Ia kekalahan kedua Chong Wei dalam Kumpulan B selepas aksi pertama turut menyaksikan dia bermula dengan langkah kiri apabila tumpas 10-21, 16-21 kepada Son Wan Ho dari Korea Selatan.

“Ini lumrah sebagai ahli sukan, kalah dan menang perkara biasa. Paling penting dia harus meneruskan cita-citanya untuk muncul juara dunia (Kejohanan Dunia) di Glasgow tahun depan,” kata Rashid.

Chong Wei yang sebelum ini berjaya muncul juara kejohanan itu sebanyak empat kali pada 2008, 2009, 2010 dan 2013 hanya mencatat satu kemenangan di Kompleks Sukan Hamdan iaitu mengalahkan Ng Ka Long dari Hong Kong 21-15, 21-20.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");