Sukan Hari Ini

Kekal bersama Orelac Racing

Kuala Lumpur: Bekas pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin (gambar) mengesahkan dia akan terus kekal bersama pasukan Orelac Racing musim depan dan beraksi dalam perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

Menurutnya, walaupun kontraknya bersama pasukan itu tamat musim ini, namun khabar angin dia akan berpindah ke pasukan lain musim depan tidak benar sama sekali.

“Tidak (akan berpindah ke pasukan lain). Saya masih kekal dengan Orelac Racing untuk perlumbaan musim depan,” kata penunggang berusia 24 tahun itu.

Bagaimanapun, Zulfahmi mengakui dia masih lagi berminat untuk membuat penampilan semula dalam aksi Moto3, Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) pada 2018.

“Hati saya masih lagi dengan perlumbaan Moto3 dan saya berasa sangat selesa berlumba dalam kategori berkenaan,” kata pelumba kelahiran Banting itu.

Zulfahmi berkata, setakat ini dia masih mempunyai perancangan khusus mengenai musim depan tetapi sudah tentu berhasrat untuk menaiki podium dalam perlumbaan yang disertai.

Sebelum ini, Zulfahmi bernaung di bawah pasukan SIC Racing Team dalam perlumbaan Moto3 selama enam tahun namun kontraknya tidak disambung berikutan prestasi kurang memuaskan pada dua musim terakhir.

Aksi terbaiknya dalam perlumbaan Moto3 adalah pada 2012 apabila berjaya menaiki podium sebanyak dua kali dan menamatkan saingan keseluruhan di tempat ketujuh.

Tahun ini dia beraksi dalam perlumbaan WSBK dan berjaya menaiki podium (menduduki tempat kedua) ketika pusingan keenam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Selepas mengharungi 12 pusingan musim ini, dia menduduki tempat ke-11 keseluruhan dengan mengumpul 56 mata.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");