Isu Panas

Kekal pendirian tolak kerjasama

KUANTAN: Pas Pahang kekal dengan pendirian enggan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin tertinggi parti itu.

Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabbar berkata, tidak sepatutnya Amanah merayu kepada Pas kerana keputusan telah dibuat dan sudah berulang kali Pas tegaskan untuk tidak bekerjasama dengan parti berkenaan.

“Apakah munasabah Pas akan bekerjasama dengan parti ditubuhkan kerana kekecewaan apabila kalah dalam pemilihan muktamar Pas.

“Kemudian mereka bawa lari kerusi yang ditandingi atas nama Pas,” katanya kepada pemberita ketika Program ziarah di Peramu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyatakan kewajaran Pas diberikan tempoh untuk menentukan pendirian mereka dalam percaturan politik negara.

Kelmarin, Dr Mujahid memaklumkan tarikh akhir perlu ditetapkan kepada Pas untuk membuat keputusan sehingga hujung 2016 dan sekiranya Pas tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan, parti terbabit boleh disifatkan sebagai sekutu BN.

Rosli berkata, Amanah tidak perlu menentukan tarikh akhir untuk membuat keputusan bersama Pas.

“Pas telah lama buat keputusan untuk tidak bersama DAP dan Amanah. Pas juga tidak akan bersama Umno, sebaliknya Amanahlah parti yang mengambil alih tugasan Umno dengan menghentam dan memfitnah Pas.

“Malah parti itu juga melakukan pecah belah kepada Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya.

Dalam pada itu, Pas menasihatkan Amanah supaya berhenti membuat kerja sia-sia dengan merayu Pas untuk bersama mereka.

Malah, katanya, Pas juga tidak akan menyerahkan walaupun satu kerusi pun kepada Amanah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");