Sukan Hari Ini

Kekebalan Chelsea faktor terus konsisten

PENJAGA gol Chelsea, Thibaut Courtois (gambar) menyifatkan kekebalan pertahanan The Blues faktor aksi konsisten kelab itu musim ini.

Setakat ini, skuad kendalian Antonio Conte hanya bolos dua kali dalam 12 perlawanan terakhir selain turut tajam di depan gol dengan 28 jaringan.

“Setelah menentang Arsenal September lalu, kami sedar perlu membuat sesuatu untuk kembali kepada prestasi terbaik dan kami berjaya lakukannya.

“Kami lebih kukuh di barisan pertahanan dan amat sukar pasukan lain untuk menembusi benteng kami.

“Jika kami mampu mempertahankan prestasi ini, sudah tentu kami mampu julang trofi EPL ,”katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");